Dia Segalanya
Aku
merenung susuk tubuh yang belegar di dalam rumah ke sana ke sini menyiapkan tugas
harian yang digalasnya. Tidak pernah kenal erti penat dan letih melakukan
tugas-tugasnya tanpa merungut dan mengadu. Rehatnya hanya seketika untuk
menghilangkan lelah di badanya. Waktu silih berganti dia masih gigih melakukan
kerja-kerjanya. Hari demi hari dia tetap melakukan kerja-kerja yang sama
seperti hari-hari yang telah berlalu. Dia begitu hebat di mataku, dia adalah
teman, sahabat, ibu dan segalanya.
Berbadan
gempal dan tinggi, mukanya sentiasa dihiasi dengan senyuman dan gelak tawanya
dan jalannya pantas dan laju. Mulutnya tidak kenal erti penat untuk bercakap
dan beleter kepada anak-anaknya. Setiap leterannya penuh dengan teguran dan
nasihat untuk melihat anak-anaknya manjadi insan yang berguna. Dia sentiasa
menjadi pendengar setia untuk anak-anak mengadu masalah. Hebat dalam
menguruskan pelbagai hal dan masalah yang telah berlaku didalam rumah serta
mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah dalam satu-satu
masa.
Melihat
keadaan dirinya yang makin di mamah usia dan kesihatan dirinya mulai merosot, aku
terfikir sejenak sudahkah aku bersedia untuk menerima takdir jika dia pulang
mengadap Ilahi. Aku masih memerlukannya dan begitu juga dengan adik beradik aku
yang lain. Belum puas merasa kasih sayang dari seorang yang bernama ibu.
Begitu
hebat ciptaan Allah menciptakan makhluk yang dipanggil ibu kerana mampu untuk
menjaga lebih dari seorang anak. Insan yang
bergelar ibu di rumah, dia juga seorang pendidik atau guru dan pada yang sama
memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan isteri. Tidak
terbalas segalanya jasanya yang mendidik kami dari kecil sehingga kami dewasa.