Rumahku Syurgaku
Aku
melemparkan pandangan ke luar jendela untuk menikmati pemandangan yang
menyejukkan mata. Melihat suasana halaman rumahku yang dikelilingi oleh
tumbuhan hijau yang segar dapat menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan.
Betapa indahnya ciptaan Tuhan menciptakan keindahan alam dengan sedemikian
rupa.
Suasana
sekeliling rumahku yang selesa kerana bersebelahan dengan sawah padi yang
menghijau dan sebelah lagi terdapat sungai yang mengalir. Bukan itu sahaja,
rumahku agak jauh dari rumah-rumah yang lain membuatkan kami sekeluarga lebih
selesa dari mendengar buah mulut dan cakap-cakap kosong orang kampung.
Pandangan aku terarah pula kepada pelbagai jenis pokok yang sudah mengeluarkan
bunga dan hanya menunggu saatnya tiba untuk menikmati hasilnya.
Melihat
burung-burung terbang bebas di langit biru membuatkan aku juga ingin terbang
bebas seperti burung. Kelihatan burung bangau terbang mengekori mesin yang
memutar tanah dalam sawah padi. Kicauan bunyi-bunyi burung menyahut panggilan
burung-burung yang lain. Bunyi alam jauh lebih tenang dari bunyi-bunyi
kesibukkan kota yang membingitkan telinga. Melihat telatah kucingku yang diberi
nama Cici cuba menangkap burung yang terbang rendah membuatkan aku tersenyum
sendiri.
Berdasarkan
apa yang telahku ceritakan tadi aku membuat kesimpulan bahawa jauh mana pun
kita pergi pasti kita akan lebih selesa dan tenang berada di rumah sendiri
walaupun tidak semewah rumah-rumah yang berada di bandar. Perumpamaan yang
sesuai dan selalu aku ungkapkan tentang rumahku ialah “rumahku syurgaku”.
No comments:
Post a Comment