KEHIDUPAN RUMPUT HIJAU
Allah
menciptakan pelbagai jenis kehidupan di muka bumi ini. Kehidupan yang
bergantungan antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Setiap
makhluk yang bernyawa mahu pun yang tidak bernyawa mempunyai fungsi dan
manfaatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kehidupan yang bernama pokok
rumput yang tumbuh di merata tempat.
Bidang
pertanian mengaitkan pokok rumput sebagai tumbuhan perosak dan selalunya di hapuskan
dengan beberapa kaedah kawalan pokok rumput sama ada kaedah mekanikal, kimia,
kultur dan biologi. Bagi bidang penternakan, pokok rumput boleh dijadikan
makanan haiwan ternakan lembu, kambing dan biri-biri. Manakala bagi bidang
perubatan pokok rumput boleh digunakan dalam perubatan moden atau perubatan
tradisional.
Bukan
itu sahaja, pokok rumput mampu hidup dimana sahaja dalam apa jua cuaca. Gigih
untuk hidup walaupun di bawah matahari yang terik dan tenggelam di limpahi
hujan yang membasahi bumi. Pokok rumput tiada apa-apa makna di mata manusia sudahlah
dipijak-pijak oleh kaki manusia. Manusia sangat kejam pada tumbuhan kecil yang
bernama pokok rumput, tidak cukup dipijak-pijak, diracun dan dipotong.
Walau
apapun halangan pokok rumput tetap tumbuh segar menghijau seperti pokok-pokok
yang lain. Berusaha untuk hidup dengan cara sendiri tanpa diminta untuk dijaga.
Betapa hebat ciptaan-Nya yang Maha Kuasa mencipta setiap kehidupan yang
mendatangkan faedah dan manfaat kepada
semua makhluk. Manusia sepatutnya berfikir dan belajar dari kehidupan yang
bernama pokok rumput cara untuk hidup tanpa mengenal erti putus asa.
No comments:
Post a Comment