Tuesday, 26 May 2015

Keupayaan berkomunikasi membantu meningkatkan kemahiran insaniah


Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang dikuasai dan menunjukkan ciri-ciri personaliti diri seseorang. Kemahiran insaniah akan membantu seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus supaya menjamin masa hadapan.

Kemahiran insaniah yang akan saya kuasai kini merupakan kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi perlu dilihat dari pelbagai aspek seperti komunikasi secara lisan dan bukan lisan serta bertulis. Kemahiran komunikasi juga amat penting dalam akademik, kerjaya dan hubungan sesama insan.

 Menguasai kemahiran komunikasi dapat membantu saya berkomunikasi di hadapan orang ramai dengan lebih yakin dan lancar. Selain itu, dapat juga membantu saya mendekati dan mengenali orang sekeliling serta memudahkan saya diterima dalam masyarakat.


Penguasaan yang baik dalam komunikasi akan memajukan kerjaya saya pada masa hadapan. Komunikasi yang berkesan akan memudahkan masyarakat memahami mesej yang akan saya sampaikan. Oleh itu, kualiti dan pretasi hidup akan lebih terjamin dengan menguasai kemahiran komunikasi. 

No comments:

Post a Comment