Tuesday, 26 May 2015

RENCANA

 Dia Segalanya 

Aku merenung susuk tubuh yang belegar di dalam rumah ke sana ke sini menyiapkan tugas harian yang digalasnya. Tidak pernah kenal erti penat dan letih melakukan tugas-tugasnya tanpa merungut dan mengadu. Rehatnya hanya seketika untuk menghilangkan lelah di badanya. Waktu silih berganti dia masih gigih melakukan kerja-kerjanya. Hari demi hari dia tetap melakukan kerja-kerja yang sama seperti hari-hari yang telah berlalu. Dia begitu hebat di mataku, dia adalah teman, sahabat, ibu dan segalanya.

Berbadan gempal dan tinggi, mukanya sentiasa dihiasi dengan senyuman dan gelak tawanya dan jalannya pantas dan laju. Mulutnya tidak kenal erti penat untuk bercakap dan beleter kepada anak-anaknya. Setiap leterannya penuh dengan teguran dan nasihat untuk melihat anak-anaknya manjadi insan yang berguna. Dia sentiasa menjadi pendengar setia untuk anak-anak mengadu masalah. Hebat dalam menguruskan pelbagai hal dan masalah yang telah berlaku didalam rumah serta mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah dalam satu-satu masa.

Melihat keadaan dirinya yang makin di mamah usia dan kesihatan dirinya mulai merosot, aku terfikir sejenak sudahkah aku bersedia untuk menerima takdir jika dia pulang mengadap Ilahi. Aku masih memerlukannya dan begitu juga dengan adik beradik aku yang lain. Belum puas merasa kasih sayang dari seorang yang bernama ibu.


Begitu hebat ciptaan Allah menciptakan makhluk yang dipanggil ibu kerana mampu untuk menjaga lebih dari seorang anak. Insan yang bergelar ibu di rumah, dia juga seorang pendidik atau guru dan pada yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan isteri. Tidak terbalas segalanya jasanya yang mendidik kami dari kecil sehingga kami dewasa. 

No comments:

Post a Comment