Bagi kaum hawa mereka perlu membuat pilihan yang
tepat dalam kehidupan mereka sama ada memilih keluarga atau kerjaya atau
seimbangkan kedua-duanya. Keadaan dunia dan ekonomi sekarang lebih memerlukan
wanita atau isteri yang mempunyai kerjaya untuk mengukuhkan ekonomi rumahtangga.
Pada masa yang sama keluarga merupakan perkara yang terpenting bagi wanita
kerana sebagai isteri dan ibu mereka pasti ingin menjaga dan mendidik anak-anak
sendiri.
Pandangan saya berkaitan masalah ini, kaum hawa
boleh memilih kedua-duanya sama ada keluarga atau kerjaya. Keluarga dan kerjaya
perlulah seimbang supaya tidak berlakunya masalah di tempat kerja dan di rumah.
Bergelar seorang isteri dan ibu perlulah bijak membahagikan masa bersama
keluarga dan di tempat kerja.
Kaum hawa juga boleh bekerja di rumah sama ada
melakukan perniagaan secara dalam talian atau pun melakukan kerja yang tidak
perlu menghadirkan diri ke pejabat. Hal ini memudahkan wanita untuk menguruskan
keluarga dan pada masa yang sama melakukan kerja untuk mendapatkan sumber
pendapatan. Bagi wanita pilihlah pilihan yang terbaik dalam menentukan masa
hadapan yang baik.
No comments:
Post a Comment