Tuesday, 26 May 2015

RENCANA

 Segalanya Tentang Diriku
Ingatan aku hanya mampu untuk mengingati perkara-perkara penting yang telah berlaku semasa aku berumur enam tahun. Peredaran masa yang telah berlalu dan meningkat usia membuat aku  semakin lupa tentang peristiwa yang telah berlaku semasa zaman kanak-kanak. Aku hanya mampu mengingati semua perkara yang telah berlaku semasa aku zaman remaja.

Semasa aku masih kanak-kanak perkara yang paling aku ingati ialah pemergian insan yang tersayang iaitu ibuku. Ibuku menghidap kanser otak semasa aku berumur enam tahun dan telah pergi pada 19 Februari 1996, di mana pada waktu itu tiga hari lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Adilfitri. Peristiwa ini merupakan peristiwa sedih buat aku dan keluarga dan sentiasa segar dalam ingatan walaupun di mamah usia.

Perjalanan hidup tetap diteruskan walaupun telah kehilangan insan yang bergelar ibu. Pada 6 Oktober 1996 ayahku telah berkahwin lain. Perasaan gembira seorang kanak-kanak tidak mampu aku ucapkan kerana mendapat seorang ibu yang mampu menjaga aku dan kakak-kakakku dengan baik sekali walaupun kami bukanlah anak kandungnya. Masih aku ingat lagi pada tahun 2001 aku baru sahaja berusia 10 tahun. Pada waktu itu ibuku koma selama 16 hari disebabkan anak yang bakal dilahirkan mati dalam kandungan sewaktu kandungan berusia lapan bulan.

Banyak perkara pahit manis telah dilalui sepanjang tempoh aku menginjak dewasa. Zaman kanak-kanak yang sentiasa gembira tanpa sebarang masalah dan zaman awal remaja yang banyak mendatangkan masalah kepada orang tuaku. Kini aku lebih matang dalam menghadapi liku-liku hidup dan pengalaman banyak mengajarku erti untuk hidup berdikari

No comments:

Post a Comment