Dunia sekarang berada pada zaman teknologi yang semakin
maju sama ada kita sedar atau pun tidak kewujudan pelbagai teknologi.
Pengurusan pendidikan juga tidak terlepas dari teknologi di mana pendidikan
sekarang ke arah dalam talian.
Pada pandangan saya pendidikan komunikasi secara
bersemuka lebih berkesan jika di bandingkan dengan dalam talian yang tidak
memberi kebaikan dari komunikasi secara bersemuka. Komunikasi secara bersemuka
memberi banyak manfaat kepada pelajar dan pensyarah.
Pelajar yang hadir ke kelas akan mengeratkan
hubungan sesama pensyarah dan rakan-rakan jika dibandingkan dengan pendididkan dalam
talian yang lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer. Pelajar juga
dapat bertanya soalan secara langsung kepada pensyarah atau rakan-rakan.
Walaupun belajar secara dalam talian lebih menjimatkan
masa berbanding dengan belajar secara hadir ke kelas tetapi kualiti masa yang
teleh diperuntukkan bila berjumpa dengan pensyarah dan rakan-rakan lebih
menyeronokkan. Bagaimana cara kita belajar bukan penentu untuk kita berjaya
jika belajar tanpa usaha dan niat yang betul.
No comments:
Post a Comment